PERKHIDMATAN


Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan untuk syarikat-syarikat yang bergiat di dalam sektor tenaga, perlombongan, infrastruktur dan sektor kerajaan. Dengan pengalaman yang luas dalam menyediakan perkhidmatan perubatan di Malaysia, kami kini memberikan sokongan kepada 81 projek tapak jauh, dan menyediakan kakitangan perubatan, rawatan asas dan kecemasan, sokongan kesihatan untuk pekerja dan orang awam.

Pengalaman luas kami dalam pengendalian program untuk para pelanggan terkemuka dalam sektor penggalian dan minyak dan gas telah membantu kami untuk membangunkan organisasi berlandaskan struktur pengurusan yang berkualiti dan membolehkan kami memenuhi kehendak pelanggan di mana sahaja operasi mereka berada di serata dunia. Kami mampu melaksanakan mengikut piawai antarabangsa yang diiktiraf, dan pada masa yang sama menurut nilai dan kefahaman setempat.

Perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan adalah seperti berikut:-
Rundingan Perubatan
Latihan Perubatan; dan
Kakitangan Perubatan;
Perkhidmatan Pengaturan Rangkaian Pembekalan Perubatan
Perkhidmatan Perubatan Sepadu

Perkhidmatan Rundingan Perubatan

Kami membantu organisasi menakrifkan dan mengutamakan keperluan kesihatan warga kerja mereka, kontraktor dan komuniti di mana mereka bekerja. Program perundingan kesihatan korporat kami membantu organisasi menyediakan agenda kesihatan global untuk melindungi pelancong perniagaan dan ekspatriat bagi memenuhi tanggungjawab penjagaan terhadap warga kerja mereka.

Program kesihatan pekerjaan kami membantu organisasi menambahbaik pengurusan risiko kesihatan di tempat kerja. Pakar-pakar kami yang berpengalaman mampu memberikan perundingan strategik kepada pejabat induk bagi melaksanakan:


Kajian Kesihatan Lokasi;
Penilaian Risiko Kesihatan di Tempat Kerja (HRAs);
Penilaian Impak Kesihatan; dan
Penilaian Rig.


Latihan Perubatan

Kami mengendalikan program latihan untuk pekerja tapak dan pendidikan perubatan untuk profesional perubatan secara berterusan.

Kami menawarkan:
Latihan pertolongan kecemasan;
Latihan pasukan bantuan kecemasan perubatan
Latihan pasukan bantuan bencana alam
Ceramah kesihatan dan pendidikan; dan
Pelbagai topik bersesuaian dengan kehendak pelanggan

Kakitangan Perubatan

Kami membantu organisasi untuk mengurus dan mengurangkan risiko kesihatan yang dihadapi oleh warga kerja mereka.

Dewasa ini, pasukan perkhidmatan perubatan kami menempatkan profesional perubatan di 81 buah lokasi jauh di seluruh Malaysia. Kakitangan perubatan kami terdiri daripada doktor tempatan yang:
Berkelayakan dan berpengalaman;
Menjalankan aktiviti rutin penjagaan asas;
Menyediakan rawatan kecemasan perubatan; dan
Menjalankan aktiviti pencegahan dan pengurusan seperti pelaksanaan pelan kesihatan tapak dan pengurusan bekalan dan peralatan perubatan.

Kakitangan perubatan kami disokong oleh infrastruktur dan sumber global kami, dan menerima pendidikan perubatan, bimbingan dan latihan yang berterusan.

Perkhidmatan Pengaturan Rangkaian
Pembekalan Perubatan

Set rangkaian perkhidmatan pembekalan perubatan kami memastikan bekalan perubatan dihantar ke lokasi projek ketika diperlukan. Khidmat nasihat merupakan perkhidmatan perundingan asas yang digunakan sebagai syarat pra-kelayakan dan penilaian pembekal perubatan yang berpotensi, atau untuk memutuskan senarai bekalan perubatan yang bersesuai dengan keperluan projek tertentu.

Perkhidmatan pengaturan membantu organisasi dalam pembelian bekalan perubatan termasuk pemilihan pembekal yang sesuai, pengurusan pesanan, invois, kontrak dan keperluan pilihan yang lain.

Serahan Perkhidmatan Perubatan

Kami mempunyai protokol dan prosedur yang jelas dan kukuh untuk semua aktiviti-aktiviti perkhidmatan perubatan kami di Malaysia. Pengalaman bertahun kami dalam penyediaan perkhidmatan perubatan luar pesisir membolehkan kami menetapkan protokol dan prosedur bagi memastikan pendekatan kualiti bersepadu dalam perkhidmatan yang disediakan untuk luar pesisir. Mobilisasi dan strategi pelaksanaan kami memberi tumpuan kepada unsur-unsur teras, yang diperincikan seperti berikut:

Kualiti Profesional Perubatan;
Sokongan Sisi Atas (melalui Pusat Bantuan Asia di Kuala Lumpur; dan
Pelan Pengurusan Kualiti untuk Perkhidmatan Perubatan.


Kualiti Profesional Perubatan

Kami menyediakan profesional perubatan yang mematuhi piawaian operasi kami. Kami memberi tumpuan kepada tiga bidang, iaitu merekrutkan kakitangan perubatan dengan kemahiran yang bersesuaian , sentiasa memberikan latihan kepada kakitangan untuk memastikan kemahiran mereka kekal dan menguruskan prestasi mereka melalui indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

Kami menambah satu lapisan sokongan tambahan dan kualiti untuk kakitangan perubatan kami melalui program Sokongan Sisi Atas (Sokongan Perubatan Lokasi Jauh) yang diketuai oleh Pusat Bantuan Kuala Lumpur kami dan disokong oleh Pusat Bantuan Serantau kami di Singapura.



Pelan Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Perubatan

Kami melaksana dan mengamalkan Tatacara Pengendalian Piawai (Standard Operating Procedure) dan akan terus memperhalusi mutu tatacara tersebut. Kami juga mengamalkan kawalan kualiti dalaman yang diamalkan sejak 18 tahun lalu untuk mentadbir mutu perkhidmatan perubatan luar pesisir kami di Malaysia dan rantau ini untuk memastikan kualiti penyerahan perkhidmatan.

Kami mengamalkan set kawalan kualiti dalaman dan standard operasi di setiap kawasan perniagaan kami bagi memastikan konsistensi dan mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi di seluruh dunia. Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan oleh kami bagi perkhidmatan perubatan luar pesisir adalah seperti berikut:-

Tadbir Urus Klinikal (Perubatan dan Pengurusan Operasi);
Pemasangan Standard Operasi yang Relevan;
Pemasangan Alat Laporan yang Selaras;
Pusat Bantuan Sokongan Perubatan;
Audit Pemeriksaan Kualiti;
Tindakan Pembetulan dan Pencegahan; dan
Peningkatan Kualiti Berterusan.

Sokongan Sisi Atas melalui Pusat Bantuan Asia di Kuala Lumpur yang Dikendalikan oleh Intl.SOS

Pelan Tindakan Kecemasan Perubatan

Pada peringkat perancangan dan mobilisasi dalam setiap misi, kami menyediakan Prosedur Respons Kecemasan Perubatan (MERP) yang khas. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang situasi tempatan dan keupayaan pengendali tempatan (pengangkutan, logistik dan perubatan) dalam memberikan respons yang wajar untuk sebarang kecemasan berlaku di tapak. Oleh itu, prosedur MERPs yang digunakan di tapak telah diubahsuai dengan mengambil kira tindakan tertentu yang perlu diambil di lokasi yang tertentu untuk menguruskan pesakit yang tidak sihat atau cedera, atau situasi kecemasan termasuk pelbagai kecederaan. Setiap kakitangan perubatan di tapak serta pakar-pakar perubatan sokongan sisi atas yang berada di Pusat Bantuan di Kuala Lumpur mahir dalam prosedur dan protokol MERP.

Sokongan Sisi Atas Harian

Jika berlakunya insiden, profesional perubatan akan sentiasa dapat berhubung terus dengan doktor sokongan sisi atas. Doktor yang bertugas akan memberi nasihat tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya timbulnya penyakit atau terdapat kes kecederaan. Sekiranya timbul keadaan yang memerlukan evakuasi, samada seorang atau beberapa pesakit ke darat, doktor yang bertugas akan membuat keputusan yang wajar dan segera. Keupayaan untuk mendapatkan pendapat dan nasihat lanjut, dan dalam masa mengaktifkan pengangkutan dan pembekal perubatantanpa perlu melibatkan pihak ketiga meningkatkan lagi keupayaan profesional perubatan kami untuk menangani apa jua situasi yang dihadapi secara efektif.

Dokumentasi dan Latihan - Program Sokongan Sisi Atas

Kaedah penyelesaian sokongan sisi atas direkodkan dan disediakan sebagai rujukan untuk setiap professional perubatan. Di samping itu, setiap profesional perubatan menerima latihan pra-penempatan sokongan sisi atas bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada program ini.

Latihan Kecemasan

Kami menganjurkan latihan kecemasan untuk mengesahkan pematuhan terhadap MERP dan menguji gerakbalas pembekal, menilai masa gerakbalas terhadap pelbagai jenis kecemasan, serta pemilihan penyelesaian yang bersesuaian.

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai International SOS