MENGENAI KAMI


Mengenai Kami


Perkhidmatan Antarabangsa SOS (singkatan PKA.SOS) adalah sebuah syarikat di Malaysia yang menyalurkan perkhidmatan perubatan dan keselamatan perjalanan kepada perbadanan yang bergiat dalam sektor tenaga, perlombongan, infrastruktur dan sektor kerajaan. PKA.SOS adalah usahasama antara pemegang saham tempatan dan International SOS Malaysia Sdn Bhd (singkatan Intl.SOS). Sebagai sekutu Intl.SOS, PKA.SOS mempunyai akses kepada skop penuh sumber perubatan dan keupayaan International SOS di seluruh dunia.

PKA.SOS juga memajukan warga Malaysia yang berkelayakan dan menempatkan mereka di rantau Asia dan Kawasan Timur Tengah melalui bahagian eksportnya. Warga yang berkelayakan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan profesional dan perubatan kepada pelanggan di negara-negara tersebut dan kawasan sekitarnya sekaligus memperolehi pendedahan dan pengalaman antarabangsa. Setelah selesai, mereka akan kembali ke Malaysia dan mengaplikasikan pengalaman baru yang diterima dalam peranan yang bakal dipegang. Kini kami mempunyai lebih 40 kakitangan perubatan dan profesional yang sedang menjalani program ini.


Maklumat Syarikat

PKA.SOS telah diperbadankan pada 28 Julai 2010. Dalam jangkamasa dua tahun pertamanya, PKA.SOS telah memberi sokongan kepada Intl.SOS dalam penyediaan perkhidmatan perubatan dan yang berkaitan di Malaysia bagi mempercepatkan pemindahan ilmu dan latihan daripada Intl.SOS kepada PKA.SOS.

Sebagai sebuah syarikat yang majoritinya milik Bumiputra, PKA.SOS memperolehi status Bumiputra dari pihak Kementerian Kewangan pada 15 Mei 2012 dan kemudiannya dua lesen Petroliam Nasional Berhad ("Petronas") pada 18 September 2012 untuk memberi perkhidmatan konsultasi keselamatan dan bekalan tenaga manusia.

Semenjak memperolehi kedua-dua lesen, PKA.SOS telah berkembang menjadi penyedia perkhidmatan perubatan pilihan untuk Intl.SOS dan syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam sektor tenaga, perlombongan dan infrastruktur.

Setakat 31 Disember 2013, PKA.SOS mempunyai seramai 125 orang kakitangan yang terdiri daripada doktor, pegawai perubatan dan kakitangan professional. Lebih daripada 75% kakitangan tersebut memiliki pengalaman industri yang melebihi 10 tahun. 98% daripada jumlah kakitangan PKA.SOS merupakan warga Malaysia.


Infrastruktur Kami

PKA.SOS beribupejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat di Miri, Sarawak. Pejabat PKA.SOS di Miri, Sarawak juga berfungsi sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran yang menjalankan program sokongan asas kehidupan, sokongan lanjutan jantung, latihan peralatan dan program induksi untuk medik.

Di samping itu, PKA.SOS juga mempunyai akses penuh kepada sumber tempatan dan antarabangsa International SOS dan keupayaan yang membolehkan PKA.SOS beroperasi sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang menyalurkan perkhidmatan 24 jam secara konsisten, dan selaras di merentangi kesemua zon masa. Sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa, PKA.SOS mempunyai akses kepada sumber-sumber International SOS pada harga keutamaan, untuk memberi gerakbalas yang cepat dan fleksibel untuk memenuhi keperluan ahli-ahli kami. Sumber-sumber tersebut termasuk:-
Caring for +9,000 organisations from more than 1,000 locations in 90 countries.
27 pusat bantuan dalam rangkaian seluruh dunia yang dibuka 24/7/365 dan dianggotai oleh pakar-pakar perubatan, penyelaras pelbagai bahasa, pengurus operasi dan kakitangan sokongan logistik, yang boleh bergerakbalas dengan cepat terhadap pelbagai jenis kecemasan ataupun apabila dihubungi ahli untuk mendapatkan bantuan. Sistem pengurusan kes global kami membolehkan doktor, pakar keselamatan dan penyelaras untuk memantau kes-kes di seluruh dunia pada masa yang sama. Maklumat, seperti x-rays dan imbasan boleh dilampirkan dan ditelitikan dari mana-mana pusat bantuan.
53 klinik International SOS, yang terletak di kawasan yang tidak menyediakan rawatan perubatan mengikut piawaian antarabangsa, atau di mana budaya dan halangan bahasa menyukarkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Klinik-klinik ini menawarkan penjagaan primer, penjagaan diagnostik dan rawatan kecemasan 24/7.
Around 1,600 air ambulance missions per year.
Rangkaian global yang terdiri daripada melebihi 103,000 pembekal perubatan, keselamatan dan teknikal yang bertauliah yang diuruskan oleh pasukan pakar rangkaian kami yang berdedikasi. Dengan memiliki pangkalan data proprietari dan alat medium carian, maklumat mudah diperolehi dan dikemaskinikan dengan serta-merta.
Kakitangan pelbagai-bahasa mampu menyediakan perkhidmatan lebih dalam 100 bahasa dan dialek.
13,000 kakitangan Global, dimana 6,000 daripadanya adalah profesional perubatan, iaitu doktor, doktor gigi, jururawat, medik, ahli farmasi dan pakar aero- perubatan.